Tiga warga emas maut: Pemandu kereta direman

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Selasa mengenai tiga warga emas maut kemalangan di Tapah.

TAPAH – Seorang lelaki berusia 31 tahun direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitkan tiga warga emas di Kilometer 328.9 Lebuhraya Utara–Selatan arah selatan di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Johari Yahya berkata, tempoh reman bermula Rabu hingga 25 Julai ini bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil bedah siasat ke atas tiga mangsa yang maut mendapati mereka meninggal dunia akibat kecederaan parah yang konsisten dengan kemalangan jalan raya.

“Tiga mangsa yang disahkan meninggal dunia dikenali sebagai Teh Kim Kai, 76; Tan Ah Tak, 70; dan Chong Ong, 77.

Iklan

“Kesemua mayat telah selesai dibedah siasat dan keluarga mereka kini berada di Hospital Tapah untuk urusan tuntutan jenazah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Mengulas mengenai keadaan mangsa yang cedera, beliau memaklumkan pemandu kenderaan jenis Proton X50 dirujuk ke Hospital Teluk Intan kerana mengalami kecederaan di bahagian kepala.

Iklan

Katanya, seorang lagi mangsa iaitu penumpang warga Singapura menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang.

Tambahnya, siasatan awal mendapati kesemua mangsa yang menaiki Proton X50 dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas bercuti di Ipoh.

Dalam kejadian jam 11.19 pagi pada, Proton X50 yang membawa lima individu dipercayai bertembung dengan sebuah Toyota Vios yang dipandu suspek terbabit.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk tindakan lanjut.