Maritim Malaysia tahan bot penumpang langgar syarat sah lesen

Iklan
Bot tersebut ditahan ketika bot ronda Maritim Malaysia melaksanakan rutin rondaan di perairan Selangor.

 

KLANG – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Selangor menahan sebuah bot penumpang disyaki melanggar syarat sah lesen di 0.2 batu nautika barat daya Tanjung Harapan di sini pada Selasa.

Iklan
Iklan

Pengarah Maritim Selangor, Kepten Maritim Abdul Muhaimin Muhammad Salleh berkata, bot tersebut ditahan oleh bot ronda Maritim Malaysia yang sedang melaksanakan rutin rondaan di perairan Selangor.

"Hasil pemeriksaan awal ke atas bot itu mendapati, seorang lelaki warga tempatan, berusia 20 tahun yang mengendalikan bot tersebut dan bertindak selaku nakhoda.

Iklan

"Pemeriksaan dokumentasi mendapati, bot tersebut telah melakukan kesalahan kerana melanggar syarat sah lesen," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Abdul Muhaimin berkata, bot dan nahkoda telah dibawa ke jeti Pasukan Polis Marin (PPM) Pulau Indah dan diserahkan kepada pegawai penyiasat Maritim Selangor untuk tindakan lanjut.

Iklan

"Kes disiasat di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 iaitu nama nahkoda tiada dalam lesen bot," katanya.

Beliau berkata, Maritim Malaysia menegaskan kepada komuniti maritim untuk sentiasa lebih peka dengan syarat-syarat lesen yang telah ditetapkan.

"Kita tidak akan berkompromi jika mendapati terdapat individu gagal mematuhi syarat sah lesen yang dikeluarkan.

"Sebarang aduan, maklumat dan insiden kecemasan di laut, orang ramai boleh menyalurkannya ke Pusat Operasi Maritim Selangor di talian 03-31760627 atau talian kecemasan 999 untuk maklum balas segera," ujarnya.