Remaja nyaris maut makan ubat julap, amal diet ekstrem

Iklan
Seorang remaja perempuan nyaris maut selepas mengamalkan diet ekstrem selama dua minggu.

BEIJING - Seorang remaja perempuan di China nyaris maut selepas mengamalkan diet ekstrem selama dua minggu, hanya makan sayur dalam jumlah kecil dan mengambil ubat julap semata-mata mahu muat memakai gaun baharu sempena hari jadinya.

Gadis berusia 16 tahun dikenali sebagai Mei dari wilayah Hunan itu dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas mengalami sesak nafas dan tubuh menjadi lemah.

Iklan
Iklan

Menurut laporan Xiaoxiang Morning Herald, hasil pemeriksaan mendapati tahap kalium dalam darah Mei terlalu rendah, menyebabkan dia mengalami hipokalemia serius iaitu keadaan yang boleh mencetuskan kegagalan pernafasan dan serangan jantung mengejut.

Doktor di Hospital Rakyat Hunan, Peng Min berkata, pesakit sepatutnya mengambil makanan seperti ubi kentang, ayam, pisang dan air secukupnya untuk mengekalkan paras kalium normal.

Iklan

Mei menjalani prosedur kecemasan selama 12 jam dan kini dilaporkan telah pulih serta dibenarkan keluar dari hospital.

Dia berjanji tidak akan mengulangi kaedah berbahaya itu untuk menurunkan berat badan.

Iklan

Kes Mei bukan yang pertama di China di mana sebelum ini beberapa individu turut dikejarkan ke hospital akibat amalan diet keterlaluan termasuk berpuasa ekstrem dan pengambilan air secara berlebihan. - Agensi