PUTRAJAYA – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) memohon bantuan orang ramai untuk memberikan maklumat berhubung empat individu, termasuk dua wanita warga Myanmar, bagi tujuan perbicaraan kes pendakwaan di mahkamah.
Menerusi satu kenyataan JIM pada Selasa, dua wanita terbabit dikenali sebagai Yaw Htwe, 21 tahun, dan Pau Do Cing, 27 tahun.
Iklan
Iklan
“JIM turut mengesan dua lelaki bernama Awng Mai Marip, 23 tahun, dan Thang Sian Muan, 40 tahun,” menurut kenyataan itu.
Kesemua warga asing tersebut dikehendaki oleh JIM bagi tujuan perbicaraan kes pendakwaan di bawah Akta Imigresen 1959/63.
“Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Kanan (TPPIK), Bahagian Penguatkuasaan, Ibu Pejabat JIM, Ella Fazlina Mat Misiah di talian 03-8880 1211 / 1330 pada waktu pejabat, atau Bilik Gerakan di talian 03-8881 5555 selepas waktu pejabat,” menurut kenyataan itu lagi.