Agong perkenan Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025

Iklan
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul (tengah) mempengerusikan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini akan memberi penerangan terperinci mengenai langkah serta perancangan kerajaan dalam mendepani tindakan Amerika Syarikat (AS) mengenakan tarif balas terhadap semua import ke negara itu. Menurut Aturan Urusan Mesyuarat yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, Anwar yang juga Menteri Kewangan dijadual menyampaikan penerangan pada Mesyuarat Khas Dewan Rakyat bermula 11 pagi. --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim memperkenankan Akta Pemerangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan Karbon 2025, yang diluluskan dalam Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen ke-15 yang berlangsung pada 3 Februari hingga 25 Mac lepas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memaklumkan perkara itu sebelum memulakan sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Iklan
Iklan

Akta itu digubal bagi mengadakan peruntukan perkara yang berkaitan dengan pemerangkapan, pengangkutan, penggunaan dan penyimpanan kekal karbon dioksida dan mengurangkan kesan perubahan iklim, selain memangkinkan pembangunan industri berkenaan sebagai suatu sumber baharu bagi pertumbuhan ekonomi.

Selain itu, Johari turut mengalu-alukan kehadiran peserta Program Sekolah Parlimen sesi 2025 terdiri daripada ketua-ketua pelajar sekolah dari Perlis.

Iklan
Iklan

"Program ini merupakan satu daripada inisiatif Parlimen dalam memberikan pendedahan berkenaan sistem demokrasi berparlimen negara ini serta menggilap daya kepimpinan mereka yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan,” katanya. - Bernama