Bantu tembusi pasaran global
Iklan
Norsyahrin.
SHAH ALAM - Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak inisiatif dan peluang perniagaan bagi membantu usahawan tempatan khususnya Melayu untuk menembusi pasaran antarabangsa menerusi Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) yang akan dibentangkan pada hujung Julai ini.
Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM), Norsyahrin Hamidon berkata, ia berikutan usahawan tempatan memiliki potensi yang besar dalam meluaskan perniagaan sehingga ke luar negara.