Realiti politik memaksa PN buka pintu rundingan luar
Iklan
Muhyiddin (tujuh dari kiri) mengadakan perbincangan bersama 11 ketua parti blok bukan kerajaan pada Jumaat lalu.
LANGKAH Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti pembangkang untuk membincangkan cadangan penubuhan barisan rentas parti telah mencetuskan pelbagai spekulasi terhadap hala tuju blok pembangkang negara dengan berbaki 28 bulan menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Pertemuan yang berlangsung tanpa kehadiran wakil daripada Pas iaitu antara komponen utama Perikatan Nasional (PN) turut mengundang persoalan besar tentang masa depan kerjasama dalam gabungan itu serta pendekatan strategik yang kini diambil oleh Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).