Atasi tiga 'I' untuk laksana RMK13 - Pakar
Iklan
Struktur ekonomi Malaysia yang pelbagai serta asas kukuh yang dibina selama ini telah meningkatkan daya tahan ekonomi serta meletakkan negara di landasan pertumbuhan stabil. (Gambar kecil: Anis Yusal)
KUALA LUMPUR - RMK13 tidak dapat dilaksanakan dengan berkesan sekiranya tiga cabaran utama dalam sistem pentadbiran dan perpaduan rakyat gagal diatasi oleh kerajaan.
Pengarah Eksekutif Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA) Universiti Malaya (UM), Datuk Dr Anis Yusal Yusoff berkata, cabaran tersebut melibatkan masalah integriti, integrasi dan intrigue (perebutan kuasa) yang menyebabkan negara masih di takuk sama selagi tidak diberi perhatian serius oleh kerajaan serta seluruh lapisan masyarakat.