'Suntikan maut' pemutihan kulit
Iklan
Dr Che Muhammad Hafiz
KUALA LUMPUR – [DIKEMAS KINI] Penyalahgunaan suntikan pemutihan kulit dalam dos berlebihan tanpa pemantauan doktor boleh mengundang risiko kematian apabila melibatkan kegagalan jantung.
Doktor perubatan dan estetik bertauliah, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum berkata, implikasi negatif lain yang mungkin terjadi seperti kerosakan hati, buah pinggang, gangguan sistem imun serta sesak nafas secara tiba-tiba selepas melakukan rawatan.