Shahul Hameed dilantik CEO Kumpulan, Pengarah Urusan baharu Green Packet

Iklan
Shahul Hameed

GREEN Packet Berhad mengumumkan pelantikan Datuk Wira Shahul Hameed Dawood sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan dan Pengarah Urusan yang baharu berkuat kuasa 21 Julai 2025.

Pelantikan tersebut menandakan langkah berani syarikat dalam usaha memposisikan semula peranannya di persimpangan inovasi, keterangkuman dan kemajuan digital serantau.

Iklan
Iklan

Shahul Hameed berkata, peranan baharunya bukan sekadar memimpin sebuah syarikat tetapi menyelaraskan teknologi dengan kemajuan sebenar dunia.

“Green Packet mempunyai pasukan, platform dan semangat untuk memperluas impak melangkaui sempadan Malaysia.

Iklan

“Saya teruja untuk bekerjasama dengan seluruh warga kerja dan rakan kongsi kami bagi membentuk penyelesaian yang bermakna di peringkat tempatan mahupun global,”katanya dalam kenyataan.

Beliau yang berpengalaman lebih 30 tahun merentasi pelbagai sektor dikenali sebagai pemimpin yang berjaya memacu transformasi sambil memperkukuh kerjasama antara sektor awam dan swasta.

Iklan

Sebelum ini, Shahul Hameed merupakan Ketua Eksekutif Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) dan memainkan peranan penting dalam menjayakan agenda pembangunan bakat negara melibatkan jutaan rakyat Malaysia serta pemegang taruh industri, akademia dan badan antarabangsa.

Di peringkat global, Shahul Hameed turut dikenali sebagai tokoh yang berjaya menjalin kerjasama strategik merentas sektor dan sempadan negara.

Gaya kepimpinan kolaboratif serta keupayaannya menyatukan pelbagai jaringan daripada penggubal dasar, pemimpin korporat hingga ke akar umbi menjadikan beliau individu paling sesuai untuk menerajui Green Packet ke era baharu pertumbuhan berpaksikan nilai dan keterhubungan global.

Pelantikan beliau turut dilihat sebagai petunjuk jelas komitmen Green Packet untuk memacu pertumbuhan serantau berasaskan inovasi inklusif serta menjadi pemangkin kepada transformasi digital positif di peringkat ASEAN dan seterusnya.