Suri rumah yang juga penerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA), Nursyafiqah Sobri, 31, menyusun kuih sebelum dihantar ke vendor di rumahnya di Bukit Keteri, Padang Besar.
Menurutnya SARA bukan sekadar meringankan beban golongan B40 memenuhi keperluan malah membantu menambah modal untuk jualan kuih-muihnya dalam usaha meningkatkan pendapatan keluarganya.