Bukan sekadar gerobok sejarah
Iklan
Muzium Louvre menjana pendapatan hampir ¤1 bilion (RM5 bilion) setiap tahun dan menjana ribuan peluang pekerjaan. Foto Reuters
SESIAPA pun yang berkunjung ke Paris pasti tak mahu melepaskan peluang berkunjung ke Muzium Louvre, meskipun terpaksa bayar mahal untuk tiketnya, mahupun beratur panjang di Cour Napoleon, dataran luas menempatkan struktur kaca moden ikonik berbentuk piramid, dikelilingi bangunan klasik Perancis.
Begitu juga mereka yang bercuti di London, United Kingdom (UK) yang menjadikan muzium destinasi wajib.