Nilai Rancangan Malaysia berdasarkan impak
Iklan
Dari kiri: Amin, Sulaiman, Aira dan Lee Ken ketika Wacana Sinar Harian Siri 480 yang membincangkan tajuk 'Apa anda mahu ada dalam RMK13?' bertempat di Studio F, di Karangkraf, Shah Alam pada Khamis. Foto Sinar Harian - MOHD HALIM ABDUL WAHID
SHAH ALAM - Penilaian kejayaan sesuatu pelan pembangunan termasuklah Rancangan Malaysia harus memasukkan elemen impak atau kesan kepada masyarakat.
Profesor Adjung Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan Universiti Malaya (UM), Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata, kerajaan perlu menyampaikan keberkesanannya kepada rakyat dengan jelas.