RMK13: Belia mahu peluang pekerjaan jadi keutamaan
Iklan
Muhammad Kamal Syukri (kiri) dan Zeng Kang
IPOH - Golongan belia mahu kerajaan memberi tumpuan terhadap isu pendidikan, peluang pekerjaan dan kos sara hidup dalam penyediaan Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) agar benar-benar memberi manfaat kepada rakyat, khususnya anak muda.
Ahli Majlis Tertinggi Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Muhammad Kamal Syukri Kamaruddin berkata, RMK13 perlu menekankan aspek asas kehidupan rakyat seperti rumah mampu milik, pengangkutan awam yang cekap, pembangunan seimbang antara bandar dan luar bandar serta kesejahteraan kumpulan rentan.