RMK13: Perkasa sistem pendidikan, bina ekosistem dasar mesra rakyat
Iklan
Kerajaan disaran menambah bilangan sekolah baharu di kawasan yang mempunyai kepadatan penduduk supaya pelajar dapat belajar dalam suasana selesa. Gambar kecil dari kiri: Mohd Azizee dan Khairul Nizam
SEREMBAN - Aspek pendidikan terutama dalam memastikan infrastruktur sekolah di luar bandar dipertingkatkan antara yang perlu diberi penekanan oleh kerajaan dalam Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13).
Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia, Mohd Azizee Hasan berkata, wujud keperluan mendesak untuk kerajaan menyelesaikan beberapa isu dalam bidang terbabit.