RMK13: Fokus kebajikan golongan rentan
Iklan
Orang ramai mahu kerajaan beri perhatian serius dalam menangani kos sara hidup. Gambar kecil: Hamidah, Othman, Zamrin dan Mohd Imran
KUALA LUMPUR - Rakyat meluahkan harapan agar Rancangan Malaysia ke-13 (RMK13) memberi tumpuan serius terhadap kebajikan golongan berpendapatan rendah.
Hamidah Mohamed, 64, berkata, segala bentuk bantuan dan subsidi kerajaan diharap dapat diteruskan terutama bagi golongan warga emas dalam kategori B40.