PENGERUSI Eksekutif NNA Land & Construction Sdn Bhd, Datuk Mohd Nazrul Izad Mohd Arsad kini mengalih fokus kepada penubuhan sebuah akademi bola sepak di Pahang selepas hasrat untuk memiliki kelab Sri Pahang FC tidak kesampaian.
Menurut beliau, keputusan itu diambil selepas melihat masih ramai bakat muda di negeri itu, khususnya dari kawasan kampung yang memerlukan pendedahan latihan secara lebih profesional menerusi penubuhan sebuah akademi bertaraf separa profesional.