PNB cadang jual aset
Iklan
Gambar hiasan
ANTARA petanda keadaan ekonomi negara tidaklah sekukuh yang diuar-uarkan ialah tindakan agensi-agensi perniagaan berkaitan kerajaan menjual aset dan mengurangkan kakitangan.
Kita telah dikejutkan oleh pengumuman Petroleum Nasional Berhad (Petronas) mengurangkan seramai 5,000 kakitangan atau 10 peratus bilangannya. Walaupun pengumuman rasmi dibuat pada 5 Jun, cakap-cakap mengenai sudah lama kedengaran.