Tamatkan peranan PM dalam JAC
Iklan
Wan Ahmad Farid Ketua Hakim Negara Ke-17
TEKA-teki siapa diamanahkan menjadi Ketua Hakim Negara sudah terjawab. Desas-desus tersebar luas sebelum itu mengatakan Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Ahmad Terrirudin Mohd Salleh yang pernah menjadi Peguam Negara akan dilantik ke jawatan nombor satu badan kehakiman negara itu ternyata meleset.
Sebaliknya, seorang lagi Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, 64, telah diangkat menjadi peneraju badan kehakiman negara yang diiktiraf Perlembagaan Persekutuan untuk bertindak sebagai kuasa menyemak dan mengimbang lagi dua kuasa negara badan legislatif dan eksekutif.