Beban Ketua Hakim Negara
Iklan
Daripada pemecatan Tun Salleh Abbas pada 1988, pelantikan Tun Abdul Hamid Omar sehinggalah pengumuman Wan Ahmad Farid, jarang sekali pelantikan Ketua Hakim Negara tidak menimbulkan reaksi tajam daripada masyarakat. - Gambar hiasan
SETELAH berbulan polemik dan minggu lalu berlakunya tunjuk rasa Majlis Peguam, akhirnya lewat malam Jumaat lalu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh diumumkan sebagai Ketua Hakim Negara.
Kontroversi dan polemik itu pasti memberi kesan kepada imej pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kemunculan gosip nama hakim setahun jagung untuk dilantik sebagai Ketua Hakim Negara telah menjejaskan imej reformasi Perdana Menteri.