WASHINGTON - Amerika Syarikat (AS) pada Jumaat mengumumkan penolakan terhadap pindaan peraturan kesihatan antarabangsa yang diterima pakai oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun lalu, lapor Xinhua.
Setiausaha Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan AS, Robert F Kennedy Jr dan Setiausaha Negara, Marco Rubio mengeluarkan kenyataan bersama bagi menolak secara rasmi Pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa WHO 2024.