Jawatan lama tak jejas kredibiliti
Iklan
Wan Ahmad Farid
SHAH ALAM - Jawatan lama Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh sebagai bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri dan pernah bertanding pilihan raya atas tiket UMNO tidak akan memberi sebarang kesan terhadap kredibiliti dan kewibawaan beliau dalam melaksanakan tugas sebagai Ketua Hakim Negara.
Peguam, Tan Sri Dr Nik Norzrul Thani Nik Hassan Thani berkata, malah pelantikan Wan Ahmad Farid dilihat sebagai sesuatu yang positif berdasarkan prestasi yang cemerlang ketika menjadi hakim.