Skandal seks dengan sami, wanita kaut RM50.4 juta

Iklan
Pendedahan skandal seks itu menyebabkan kerajaan melancarkan siasatan ke atas sami di seluruh negara. - Foto Agensi

BANGKOK - Seorang wanita ditahan selepas skandal seks menggemparkan terbongkar.

Rangkaian media di Thailand melaporkan Wilawan Emsawat, 35, didakwa terbabit dalam aktiviti penggelapan dana kuil, pengubahan wang haram dan menerima barangan curi.

Iklan
Iklan

Paling mengejutkan, Wilawan melakukan hubungan intim dengan sembilan orang sami yang digodanya dan lapan daripada mereka sudah meninggalkan kehidupan sebagai sami.

Skandal itu terdedah selepas salah seorang bekas sami diugut pelaku.

Iklan

Menurut Bangkok Post, Wilawan berbohong kononnya dia sedang hamil dan meminta bayaran sebanyak 7.2 juta baht (RM943,301) sebagai bantuan kewangan.

"Wanita itu sengaja menyasarkan sami kanan untuk keuntungan kewangan dan menerima sejumlah besar pemindahan wang. Dia memperoleh kira-kira 385 juta baht (RM50.4 juta) sejak lebih tiga tahun lalu dan menghabiskan sebahagian jumlah tersebut untuk judi dalam talian

Iklan

"Hasil serbuan pihak berkuasa berjaya menemui lebih 80,000 imej dan video pornografi kesemua sami berkenaan," menurut laporan itu lagi.

Difahamkan, wanita itu juga mempunyai obsesi yang pelik iaitu menggantung gambar-gambar sami di dinding kediamannya. - Agensi