Pearly-Thinaah cari penamat badi di bumi Jepun
Iklan
Pearly-Thinaah berpeluang menamatkan badi kekalahan kepada Matsuyama-Shida dalam pertembungan separuh akhir Terbuka Jepun hari ini. Foto Agensi
JIKA ada masa yang tepat untuk menebus maruah, inilah saatnya.
Beregu wanita negara, Pearly Tan dan M Thinaah turun di separuh akhir Terbuka Jepun 2025 pagi ini dengan misi menamatkan badi kekalahan ke atas gandingan nombor dua dunia, Nami Matsuyama dan Chiharu Shida.
Iklan
Iklan
Rekod terdahulu menyaksikan pasangan kebal Jepun itu sudah menewaskan Pearly-Thinaah sebanyak 13 kali daripada 14 pertemuan terdahulu.
Kali terakhir mereka menewaskan gandingan Jepun itu adalah di Terbuka Perancis 2022, selebihnya Matsuyama–Shida terus mendominasi termasuk dalam aksi Piala Sudirman tahun ini.
Iklan
Ketika itu, Pearly–Thinaah tunduk dalam perlawanan penentuan (21-18, 18-21, 21-18), sekali gus menyaksikan Malaysia kehilangan kemenangan yang hampir digenggam.
Di temasya Olimpik Paris 2024 pula, Matsuyama-Shida mengecewakan Pearly-Thinaah dalam aksi penentuan pingat gangsa.
Iklan
Namun suasana kali ini berbeza apabila Pearly sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali yang mengekang prestasi sebelum ini, manakala keserasiannya dengan Thinaah kembali mencapai tahap terbaik.
Beberapa keputusan memberangsangkan sepanjang musim ini turut menjadi petanda bahawa Pearly-Thinaah kembali ke landasan sebenar.
Apa pun, pentas separuh akhir hari ini mungkin menjadi peluang terakhir untuk Pearly-Thinaah membalas dendam ke atas Matsuyama-Shida yang sah berpisah selepas Kejohanan Dunia di Paris, Perancis hujung bulan depan.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW"><meta itemprop="description" content="Kemeriahan sokongan Kelantan tinggal kenangan – Bekas Pengurus TRW
Di mana sahaja Kelantan beraksi, di situ penyokongnya hadir membanjiri stadium, termasuk di gelanggang lawan, sekali gus menunjukkan kemeriahan penyokong The Red Warriors (TRW) suatu ketika dahulu.
Kenangan tersebut masih segar dalam ingatkan bekas pengurus TRW, Azman Ibrahim yang berharap kemeriahan bola sepak seperti itu dapat dihidupkan semula menerusi perlawanan berkonsepkan pertemuan semula (reunion) antara skuad Ex-Treble dan pilihan Pahang.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/801505/berita/sukan/kemeriahan-sokongan-kelantan-tinggal-kenangan-ndash-bekas-pengurus-trw
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #TRW"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-10-22T08:48:01.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gI9n21gsTdQgvMPri/x1080"><meta itemprop="duration" content="P146S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbqcxtu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbqcxtu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbqcxtu"></script>