Motosikal EV LionG1 menanti pengunjung bertuah

Iklan
Muhammad Fathi (duduk, kiri) dan Zamri (duduk, kanan) ketika penyerahan tajaan motosikal EV jenama LionG1 kepada akhbar Sinar Harian pada Jumaat. FOTO SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR

SHAH ALAM - Sebuah motosikal elektrik tempatan, GGR Motor jenama LionG1 bernilai RM3,999 menanti pemenang hadiah utama pertandingan Teka Penutup Botol pada Karnival Siang Malam Karangkraf 2025.

Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian, Zamri Rambli berkata, penajaan ini sebagai satu bentuk kerjasama strategik antara industri dan media yang mampu memberi impak besar kepada komuniti.

Iklan
Iklan

“Kami amat menghargai sokongan GGR Motor dan meletakkan keyakinan hadiah motosikal ini bakal menjadi tarikan utama pengunjung nanti.

“Bagi anda yang mahu mendapatkan hadiah motosikal ini, sila hadir ke reruai Sinar Harian. Dengan setiap pembelian pakej kombo premium dan e-paper yang berharga RM10, sudah layak untuk menyertai pertandingan Teka Penutup Botol sekali gus berpeluang untuk membawa pulang LionG1,” ujarnya.

Iklan

Zamri berkata, pertandingan teka bilangan penutup botol dibuat kerana Sinar Harian menyokong inisiatif kerajaan dalam menerapkan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG)

Dengan setiap pembelian pakej kombo premium dan e-paper Sinar Harian yang berharga RM10, pengunjung layak untuk menyertai pertandingan Teka Penutup Botol sekali gus berpeluang untuk membawa pulang motosikal EV jenama LionG1. FOTO SINAR HARIAN/ASRIL ASWANDI SHUKOR

Iklan

“Selain GGR Motor, Sinar Harian turut mendapat kerjasama beberapa badan korporat lain dalam menjayakan program di reruai akhbar ini dalam slot Bantuan Untuk Anda (B4U), Baca Berita Extream dan mencetak muka hadapan Sinar Harian mengikut versi pilihan pengunjung,” katanya.

Karnival ini akan berlangsung di pekarangan Kompleks Karangkraf di sini dari 25 hingga 27 Julai ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi GGR Motor, Muhammad Fathi Mohamed Azmi berkata, inisiatif penajaan dari syarikatnya merupakan sebahagian daripada usaha GGR Motor untuk mendekatkan teknologi kenderaan elektrik (EV) dengan masyarakat terutama kepada golongan sasaran di samping memperkenalkan jenama ini kepada umum.

“Kami melihat karnival ini sebagai platform ideal untuk memperkenalkan model LionG1 kepada khalayak yang lebih luas,” katanya.