SHAH ALAM – Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) menjalin kerjasama akademik strategik bersama Victoria University of Wellington (VUW) sebagai langkah memperkukuh kedudukannya di peringkat antarabangsa.
UPTM dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa kandungan memorandum kerjasama tersebut merangkumi pelaksanaan penyelidikan bersama, program mobiliti pensyarah dan pelajar, pertukaran kurikulum, pembelajaran berasaskan aplikasi serta pembangunan profesional dalam bidang pendidikan.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan itu, sebagai langkah susulan dalam rundingan dua hala bersama rakan strategik, UPTM turut mengenal pasti program perintis bagi tahun 2025, selain meneroka potensi pembiayaan pengajian dan sokongan antarabangsa.
“UPTM optimis bahawa inisiatif ini bukan sahaja akan memperkukuh kedudukan universiti di peringkat antarabangsa, malah membuka ruang kepada pembelajaran rentas budaya yang bermakna serta menyumbang secara langsung kepada pemerkasaan ekosistem pendidikan tinggi Malaysia.
“Selain VUW, UPTM juga berjaya mengadakan perbincangan dan menjalin kerjasama dengan enam daripada lapan universiti utama di New Zealand, termasuk beberapa institusi terkemuka seperti University of Auckland (UA), Massey University (MU), Auckland University of Technology (AUT), University of Otago (UO) dan University of Canterbury (UC),” menurut kenyataan itu pada Rabu.
Majlis Pertukaran Dokumen Kolaborasi Pengajian Tinggi antara UPTM dan VUW turut disaksikan oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di Wellington, New Zealand.
Artikel Berkaitan