Anggota polis malas kerja 'kerasukan' ditangkap polis

Iklan
Dia turut menjerit sambil meminta tolong kepada orang ramai. - Foto Agensi

MALUKU - Tular sebuah video memaparkan gelagat seorang anggota polis yang menangis seperti kerasukan di tengah jalan.

Insiden itu berlaku ketika dia 'ditangkap' anggota Profesi dan Pengamanan (Propam) di Kota Ternate, Maluku Utara di Indonesia pada Selasa lalu.

Iklan
Iklan

"Raungan anggota itu yang meminta tolong orang sekelilingnya turut meraih perhatian ramai.

"Maklumat awal mendapati tindakan itu diambil kerana lelaki tersebut malas bekerja," lapor Tribunnews.com.

Iklan

Difahamkan, dia ditahan ketika sedang menunggang motosikal di laluan tersebut.

Salah seorang anggota Propam itu turut memegang tali pengikat yang untuk 'menahan' lelaki tersebut.

Iklan

Klip tersebut yang dikongsi pemilik akaun @medsoszone.id menerima pelbagai reaksi warganet dan ada yang mengaitkannya dengan masalah mental atau kemungkinan tekanan di tempat kerja.

Identiti anggota berkenaan masih tidak diketahui dan AKBP Anita Ratna mengesahkan dia bertugas di Polda Maluku Utara. - Agensi