Tunduk hormat di sebalik kes NFA
Iklan
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke bersama pimpinan tertinggi parti melakukan tunduk hormat susulan kes berkenaan yang dikatakan sebagai tindakan bagi menzahirkan rasa dukacita kepada keluarga mendiang Beng Hock. Foto Bernama, gambar kecil: Mohd Azhar
PERMOHONAN maaf secara terbuka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kepada keluarga mendiang Teoh Beng Hock sempena ulang tahun ke-16 kematiannya kembali mencetus perhatian terhadap kes yang pernah menggugat keyakinan rakyat terhadap integriti institusi penyiasatan negara.
Langkah yang dilihat sebagai bersejarah itu bagaimanapun menerima reaksi bercampur, khususnya daripada keluarga mendiang yang menyifatkannya sebagai tidak ikhlas dan hanya sekadar satu gimik publisiti.