Mesej tular dua kakitangan UniSZA positif Covid-19 tidak benar

Iklan
Mesej tular disebarkan mengatakan dua kakitangan Fakulti Perubatan UniSZA positif Covid-19 adalah tidak benar

KUALA TERENGGANU - Maklumat tular mengatakan dua kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) positif wabak koronavirus (Covid-19) adalah tidak benar.

Pusat Komunikasi Korporat dan Pengurusan Perhubungan (CCoRM) UniSZA dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, maklumat berkenaan disebarkan melalui pesanan ringkas (SMS) dan aplikasi WhatsApps.

Iklan
Iklan

"Pihak UniSZA belum mengeluarkan sebarang pengumuman berkenaan Covid-19. Kita minta orang awam berhenti menyebarkan sebarang berita palsu berkenaan virus itu melibatkan kakitangan universiti ini," katanya.

Sementara itu, Yang Dipertua (YDP) Persatuan Mahasiswa/i Perubatan UniSZA (MediSZA), Nurul Hafizah Abdul Kadir berkata, tiada kes positif melibatkan staf fakulti perubatan UniSZA dan siasatan masih dijalankan ketika ini.

Iklan

"Pihak MediSZA memohon maaf atas kesilapan maklumat itu.

"Diharap semua pihak tidak menimbulkan sebarang spekulasi yang boleh mengganggu proses penelitian dan elakkan daripada menyebarkan khabar angin," katanya.

Iklan

Dalam pada itu katanya, sekatan pergerakan masuk dan keluar (lock down) masih berkuatkuasa sehingga 3 April 2020.

"Sila bersedia untuk sebarang kemungkinan lanjutan tarikh lock down. Sebarang maklumat tambahan akan dimaklumkan kemudian," kata kenyataan itu.