Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yadim baharu dilantik

Iklan
Mohd Na'im bersama barisan ALPHA Yadim bagi sesi 2025-2027 yang terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti ulama dan ilmuwan pondok, anggota badan pemikir, ahli akademik serta aktivis badan bukan kerajaan.

SHAH ALAM - Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) menerima lantikan seramai tujuh Ahli Lembaga Pemegang Amanah (ALPA) baharu berkuat kuasa 3 Mei lalu hingga 2 Mei 2027 untuk memperkasakan usaha badan itu dalam melestarikan gerakan dakwah.

Ketua Pegawai Eksekutif Yadim, Zamri Zainal Abidin berkata, seramai lima ALPA sesi 2023-2025 pula dikekalkan.

Iklan
Iklan

Katanya, kesemua lantikan itu dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Barisan ALPA baharu untuk sesi 2025-2027 ini terdiri daripada pelbagai latar belakang seperti ulama dan ilmuwan pondok, anggota badan pemikir, ahli akademik serta aktivis badan bukan kerajaan.

Iklan

"Tujuh daripada 12 ALPA yang baharu dilantik ialah Datuk Dr Hasan Bahrom selaku Yang Dipertua Yadim, Datuk Dr Fadzli Cheah Abdullah, Datu Khalidi Ibrahim, Dr Fatin Nur Majdina Nordin, Amidi Abdul Manan, Ahmad Rajiun Abu Bakar dan Azlan Shah Nabees Khan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

ALPA yang dikekalkan ialah Profesor Madya Dr Adi Anuar Azmin sebagai Timbalan Yang Dipertua Yadim, Profesor Dr Zuriati Ahmad Zukarnain, Dr Fatimah Syarha Mohd Noordin, Dr Bashir Mohamed dan Sainuri Yahmin.

Iklan

Menurutnya, watikah lantikan telah disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Naím Mokhtar dalam satu majlis di pejabat beliau di Putrajaya.

"Dengan landskap dakwah yang semakin kompleks dan berubah, Yadim yakin lantikan baharu ini mampu memacu badan dakwah ini lebih tersusun, pantas dan responsif.

"Pada masa yang sama, badan dakwah ini menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih atas segala jasa dan sumbangan ALPA sesi 2023-2025 sebelum ini. Pengorbanan masa, tenaga, dan idea mereka telah membawa Yadim ke tahap yang lebih dihormati," ujarnya.