46 anggota Maritim Malaysia berlepas ke AS bawa pulang kapal baharu
Iklan
Mohd Rosli (tengah) memberi tabik hormat kepada pegawai yang terlibat dalam misi membawa pulang aset baharu dari Amerika Syarikat.
PUTRAJAYA - Detik bersejarah bakal tercipta apabila seramai 46 anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan berlepas ke Baltimore, Amerika Syarikat pada Jumaat bagi menjalankan misi penting membawa pulang kapal EX-USCG Cutter Steadfast ke tanah air.
Pasukan ini merupakan kru pertama bagi kapal berkenaan yang bakal menjadi aset baharu Maritim Malaysia, sekali gus memperkukuh keupayaan penguatkuasaan maritim negara khususnya di perairan Laut China Selatan.
Iklan
Iklan
Kapal EX-USCG Cutter Steadfast memiliki saiz 64.14 meter panjang dan 10 meter lebar serta mampu mencapai kelajuan sehingga 18 knots.
Kapal EX-USCG dari Amerika Syarikat akan dibawa pulang dan dijangka tiba pada pertengahan November depan.
Iklan
Kapal berkenaan dijangka tiba di Malaysia pada pertengahan November 2025.
Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah berkata, misi ini sebagai lipatan sejarah yang membanggakan bukan sahaja kepada agensi, tetapi buat Malaysia keseluruhannya.
Iklan
“Misi ini bukan sekadar pelayaran biasa. Ia simbol pengiktirafan antarabangsa kepada keupayaan dan profesionalisme Maritim Malaysia.
"Jaga nama baik negara, kekalkan integriti dan tunjukkan disiplin tinggi sepanjang anda semua berada di sana,” katanya dalam sesi amanat khas di sini pada Rabu.
Sebagai rekod, seramai empat kru Maritim Malaysia telah berada di Baltimore sejak Mei lalu bagi menjalani latihan penyesuaian dan pemeriksaan teknikal ke atas kapal berkenaan sebagai persiapan awal sebelum pelayaran pulang.
Mohd Rosli (duduk, tengah) bersama pasukan yang terlibat dalam misi membawa pulang aset baharu EX-USCG dari Amerika Syarikat.
Dalam ucapan yang sama, beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail di atas kelulusan dalam proses penerimaan kapal ini daripada pihak US Coast Guard.
Jelasnya, tanpa sokongan padu kerajaan, misi sebegini tidak akan menjadi kenyataan.
"Ini bukti bahawa kepimpinan negara sentiasa mendukung pengukuhan keselamatan maritim,” tambahnya.
Dalam pada itu, Mohd Rosli turut mengulas ucapan Saifuddin Nasution pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengharapkan penjawat awam mempunyai kompetensi dan kemahiran dalam menjalankan tugas di samping melaksanakan tanggungjawab dengan penuh amanah.
Beliau menyambut baik kenyataan berkenaan dan menegaskan bahawa perkara tersebut menjadi asas utama dalam membentuk kecekapan setiap pegawai dan anggota Maritim Malaysia.
“Perkara tersebut perlu ada kepada setiap penguat kuasa Maritim Malaysia kerana tanpa kompetensi dan kemahiran, aset agensi tidak dapat diuruskan dengan sebaiknya.
"Jika amanah tidak dijadikan teras utama, maka perairan negara akan dipenuhi dengan ancaman jenayah maritim sekaligus membahayakan kepada negara,” ujarnya.
Beliau berkata, tindakan tegas itu bukan kepada peminjam yang baru menamatkan pengajian atau belum mempunyai pendapatan, apatah lagi mereka yang tergolong dalam kalangan B40 atau M40.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/767413/berita/nasional/sekatan-ke-luar-negara-hanya-kepada-peminjam-ptptn-berpendapatan-tinggi-yang-culas---adam-adli
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.