Bila nafsu lagi laju dari akal
Iklan
Tanpa slip gaji, tanpa cagaran, tanpa segan silu mahasiswa boleh berbelanja sesuka hati dan bayar kemudian. Gambar hiasan
'BAYAR nanti, hidup senang sekarang.' Itulah mantera moden yang digenggam erat sebilangan generasi hari ini. Cuma bezanya, yang digenggam bukan lagi harapan, tapi hutang.
Bila Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mula bersuara tentang kebimbangan pelajar universiti yang terbeban dengan komitmen Buy Now, Pay Later (BNPL), sebenarnya itu bukan hanya soal kewangan tapi soal masa depan.