Kes Shila Amzah: Amy Search tampil buat 'covering report'

Iklan
Peguam, Reza mewakili Amy Search mengesahkan anak guamnya membuat laporan terhadap pelantun lagu 'Patah Seribu' selepas beri keterangan di IPD Shah Alam. (Gambar kecil: Mohd Iqbal)

SHAH ALAM - Penyanyi Datuk Amy Search hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam di sini pada Selasa bagi membuat laporan berkaitan kes yang dikaitkan dengan selebriti Shila Amzah.

Perkara itu disahkan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim.

Iklan
Iklan

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci berkaitan laporan yang telah dirujuk ke IPD Dang Wangi untuk tindakan lanjut.

"Ya ada (laporan) petang semalam, tapi lebih kepada 'covering report' dan penafian. Laporan dirujuk ke IPD Dang Wangi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Iklan

Sementara itu, peguam, Datuk M Reza Hassan yang mewakili Amy mengesahkan anak guamnya membuat laporan terhadap pelantun lagu 'Patah Seribu' selepas memberi keterangan di IPD Shah Alam.

“Ya, Amy failkan laporan berkenaan kepada pegawai penyiasat,” ujarnya.

Iklan

Pada Rabu, media melaporkan isteri Amy, Datin Norhasniza Hassan telah memuat naik gambar di hadapan IPD Shah Alam sehingga mencetuskan tanda tanya orang ramai.

Kehadiran pasangan itu ke IPD berkenaan tular selepas Norhasniza atau lebih dikenali sebagai Nourish memuat naik satu foto di Instagram miliknya, lengkap dengan kapsyen yang menarik perhatian ramai.

Menerusi gambar tersebut, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 66, dan isteri bergambar bersama tiga individu lain dipercayai terdiri daripada peguam dan kenalan rapat.

Sebelum itu, Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad dilaporkan berkata, kertas siasatan kes berkenaan sedang dilengkapkan pihaknya sebelum dirujuk kepada pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Kuala Lumpur.

Sebelum ini Shila memuat naik hantaran di akaun Instagram miliknya meluahkan rasa kecewa dan trauma dengan kejadian yang berlaku secara terbuka di hadapan kru produksi ketika sesi latihan di sebuah konsert berlangsung di Stadium Merdeka.

Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Khamis lalu.

Siasatan polis kemudian mendedahkan punca kejadian kerana rasa tidak puas hati penyanyi legenda berkenaan terhadap pengadu yang mencampuri urusan masalah keluarganya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.