SEMENYIH - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menyelamatkan tujuh individu selepas dilaporkan sesat ketika mendaki Bukit Broga di sini pada Rabu.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, panggilan diterima pihaknya pada jam 8.55 pagi.
Menurutnya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih telah dikejarkan ke lokasi.
"Komander operasi melaporkan mangsa terdiri daripada tujuh orang berusia lingkungan 20-an.
Iklan
"Tujuh warga tempatan termasuk lima wanita itu berjaya dijumpai di puncak dalam keadaan selamat," katanya pada Rabu.
Tambahnya, kesemua mangsa bagaimanapun dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Iklan