Bocor sana bocor sini
Iklan
Kecoh satu negara apabila minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) bocor. Gambar hiasan
RIUH rendahlah satu negara apabila minit mesyuarat Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) bocor. Pelik bin ajaib minit serahsia itu dan yang dilindungi oleh Akta Rahsia Rasmi (OSA) boleh terlepas keluar.
Bagi Awang bukan kebocoran itu sahaja yang patut disiasat tapi kandungan minit mesyuarat yang cukup menggemparkan itu.