Kejutan Nurul Izzah, pandangan kedua PKR atau gimik reformasi?
Iklan
Kehadiran Nurul Izzah (empat dari kanan) menyertai perhimpunan mempertahankan kebebasan badan kehakiman pada Isnin menimbulkan perdebatan dalam kalangan masyarakat. Gambar kecil dari kiri: Hisommuddin, Sangheta, Jie sen
KEHADIRAN mengejut Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar dalam perarakan anjuran Badan Peguam Malaysia ke Pejabat Perdana Menteri pada Isnin menimbulkan pelbagai tafsiran.
Meskipun perarakan tersebut dijelaskan oleh Presiden Majlis Peguam Malaysia, Mohamad Ezri Abdul Wahab sebagai bukan berkisar individu tertentu, realitinya ia sarat dengan mesej politik yang halus namun signifikan.