Elak isu lantikan hakim terus berulang
Iklan
Laporan Sinar Harian berkenaan polemik lantikan Ketua Hakim Negara. Gambar kecil: Mohamed Haniff Khatri (kiri), Wan Ahmad Fauzi
SHAH ALAM - Komitmen yang disuarakan kerajaan untuk membaik pulih dan meningkatkan ketelusan dalam prosedur pelantikan Hakim Mahkamah atasan diharap mampu mengelakkan isu pelantikan hakim terus berulang pada masa hadapan.
Peguam, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berkata, ia kerana usaha menambah baik, mengkaji, meneliti Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC) 2009 serta pelantikan dan kenaikan pangkat hakim sememangnya perlu diteruskan.