Rakyat tunggu 'kejutan besar' PM
Iklan
Poster yang dimuat naik di Facebook Anwar pada Isnin. Gambar kecil: Azizi (kiri), Mohd Faisol
GEORGE TOWN – Kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung pengumuman penghargaan luar biasa kepada rakyat menimbulkan pelbagai reaksi, rata-rata tertanya-tanya apakah bentuk ganjaran yang dimaksudkan.
Ramai berpandangan kenyataan itu masih kabur dan sukar dijangka maksud sebenarnya, apatah lagi ia digambarkan sebagai sesuatu di luar kebiasaan.