Bersatu cadang tubuh Barisan Pembangkang Bersatu, sasar isu rakyat
Iklan
Mohamed Azmin
SHAH ALAM – [DIKEMAS KINI] Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mencadangkan penubuhan Barisan Pembangkang Bersatu bagi membincangkan dan mengambil pendirian bersama berhubung isu-isu yang menyentuh kepentingan rakyat.
Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, keputusan itu dicapai dalam Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang berlangsung pada Selasa.
Iklan
Iklan
Mesyuarat turut bersetuju supaya Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempelopori usaha menjalin persefahaman dengan parti-parti di luar blok kerajaan.
“Cadangan ini akan dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN) yang dijadualkan hujung minggu ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Iklan
Sementara itu, Azmin memaklumkan bahawa Muhyiddin turut mengarahkan semua pimpinan meningkatkan gerak kerja di kawasan-kawasan tumpuan sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
“MPT juga mengesahkan tarikh Persidangan Agung Tahunan (PAT) Tahun 2025 iaitu pada 6 dan 7 September 2025 di Shah Alam, Selangor.
Iklan
“Bersatu turut akan menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Sambutan Ulang Tahun ke-9 pada 7 September 2025, jam 8 malam yang bakal meraikan lebih 2,000 tetamu dari seluruh negara,” katanya.
Dalam perkembangan lain, MPT turut meluluskan program Infaq Bersatu iaitu inisiatif mengumpul dana untuk pelaksanaan aktiviti parti.
Sumbangan tersebut terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang ingin menyokong agenda perjuangan Bersatu.
Azmin turut mengesahkan bahawa MPT bersetuju untuk menjayakan Himpunan Turun Anwar yang dijadual berlangsung pada 26 Julai ini di Dataran Merdeka bermula jam 2 petang.
“Kerahan akan dilakukan di semua peringkat kepimpinan dan masyarakat awam untuk berhimpun secara aman demi perjuangan membebaskan rakyat daripada kezaliman serta menjunjung Perlembagaan dan undang-undang negara,” katanya.
Perikatan Nasional (PN) akan mengemukakan penjelasan kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam tempoh dua minggu bagi menjawab notis tunjuk sebab yang diterima gabungan itu pada 22 September lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pihaknya kini sedang berbincang bagi menyediakan jawapan dan penjelasan kepada RoS dalam tempoh ditetapkan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797924/berita/politik/pn-beri-penjelasan-kepada-ros-dalam-tempoh-dua-minggu---takiyuddin
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.