''Clearkan payment' saya secepat mungkin! Abah saya kena kanser usus' - Amir Raja Lawak

Iklan
Amir akhirnya mendedahkan memerlukan wang demi memberi rawatan terbaik buat bapanya yang menghidap kanser usus.

PELAWAK dan pelakon, Amir Raja Lawak menuntut agar sebuah stesen televisyen segera menjelaskan baki bayaran tertunggak berjumlah RM18,000 tanpa sebarang potongan atau pembayaran secara ansuran.

Menurut Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi tuntutan itu dibuat kerana bapanya kini sedang berjuang melawan kanser usus dan keluarganya amat memerlukan dana untuk rawatan serta kelangsungan hidup harian.

Iklan
Iklan

“Sila clearkan payment saya secepat mungkin! Abah saya kena kanser usus. Saya nak RM18,000 solid tanpa diskaun, tanpa bayar ansur-ansur.

“Ini soal hidup dan mati abah saya. Ini soal usaha dan ikhtiar kami sekeluarga buat abah,” katanya menerusi hantaran di media sosial.

Iklan

Tegas anak kelahiran Kubang Kerian, Kelantan itu wang yang dituntut bukanlah bantuan atau sumbangan ihsan tetapi haknya yang dinafikan sejak sekian lama.

“Saya tidak minta duit kamu, saya tidak minta pinjam duit, yang saya minta adalah duit saya! Hak saya!" ujarnya lagi.

Iklan

Difahamkan, ini bukan kali pertama Amir menuntut bayaran tertunggak daripada stesen TV berkenaan.

Tahun lalu, pelakon berusia 36 tahun itu pernah mendedahkan bahawa dia hanya menerima RM5,000 sebagai bayaran pendahuluan, namun baki selebihnya masih belum dijelaskan hingga ke hari ini.

Disebabkan desakan kewangan, Jumaat lalu, Amir terpaksa menjual kereta milik peribadi demi meneruskan kehidupan dan menampung kos sara hidup.

“Minggu lepas selepas viral, mereka nak bagi RM3,000 dahulu tetapi saya tidak terima sebab sebelum ni dah bagi RM5,000 awal tahun lepas, lepas tu senyap sampai sekarang.

“Kenapa saya perlu ambil RM3,000? Sudah tentu saya nak solid RM18,000 sekarang, sebab saya emergency!” katanya lagi.

Tambahnya lagi, dia tidak mahu meraih simpati tetapi hanya mahu pihak terlibat bertanggungjawab.

“Tidak perlu saya jelaskan macam mana keadaan abah saya atau apa yang kami tengah hadap. Anda tahu keadaan pesakit kanser usus macam mana.

“Semoga abah saya cepat kembali sembuh, pulih, sihat seperti biasa, aamiin Ya Mujib,” katanya mengakhiri luahan hati.