Seramai 3,000 peserta melibatkan 128 buah sekolah dari Negeri Sembilan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya, bersaing bersama-sama dalam Pertandingan Malaysia Techlympics 2025 Peringkat Zon Tengah di N9 Arena hari ini.
Penganjuran Malaysia Techlympics ini bagi memupuk pembudayaan Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) kepada kumpulan sasar menerusi pendekatan amali (hands-on) dan tidak formal serta kaedah pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) dan pertandingan yang melibatkan pelajar dan belia daripada semua peringkat umur, jantina dan bangsa.