SPRM cari Sofian Abu Bakar

Iklan
SPRM sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah yang sedang dijalankan.

PUTRAJAYA – [DIKEMAS KINI] Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung satu kes rasuah yang sedang dijalankan.

Lelaki berkenaan dikenali sebagai Sofian Abu Bakar, 49, dengan alamat terakhir Taman Sri Laguna, 81200 Johor Bahru, Johor.

Iklan
Iklan

SPRM dalam kenyataan memaklumkan usaha mengesan individu terbabit sedang giat dijalankan bagi melengkapkan proses siasatan.

"Sehubungan itu, orang ramai yang mengenali atau mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki ini diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sharon Aileen Anak Bidi di talian 019-8913783 atau 084-311982.

Iklan
Iklan

"Maklumat juga boleh disalurkan melalui e-mel kepada sharonaileen@sprm.gov.my," kata kenyataan itu pada Selasa.