Kes Shila Amzah diserang artis legenda dirujuk ke pejabat pendakwaan

Iklan
Shila Amzah

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan melibatkan kes selebriti Shila Amzah yang didakwa diserang secara terbuka oleh seorang artis legenda akan dirujuk kepada Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri (PPN) Kuala Lumpur pada Selasa.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohamed Usuf Jan Mohamad berkata, pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan.

Iklan
Iklan

“Kertas siasatan dijangka akan dirujuk kepada pihak PPN Kuala Lumpur untuk kajian dan arahan lanjut.

“Setakat ini, empat keterangan saksi termasuk pengadu telah diambil bagi membantu siasatan,” katanya pada Selasa.

Iklan

Terdahulu, Shila atau nama sebenarnya Nurshahila Amir Amzah memuat naik hantaran di akaun Instagramnya meluahkan rasa kecewa dan trauma berikutan insiden yang berlaku secara terbuka di hadapan kru produksi ketika sesi latihan konsert ulang tahun ke-20 MR DIY yang berlangsung di Stadium Merdeka.

Susulan kejadian, Shila telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada Khamis lalu.

Iklan

Siasatan awal pihak polis mendedahkan bahawa punca insiden berpunca daripada rasa tidak puas hati artis legenda berkenaan terhadap pengadu yang didakwa mencampuri urusan masalah keluarganya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.