PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Indonesia (PSSI), Erick Thohir disarankan melepaskan jawatan sebagai Ketua Jawatankuasa Pengadil PSSI susulan amaran daripada Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) yang tidak membenarkan pemimpin tertinggi persatuan memegang pelbagai jawatan serentak termasuk jawatan berkaitan pengadilan.
Menurut Erick, keputusan beliau memegang dua jawatan adalah demi memastikan proses pembaharuan sistem pengadilan bola sepak Indonesia dapat dipantau secara langsung.