KELAB Johor Darul Ta’zim (JDT) mencatatkan kekalahan pertama dalam siri perlawanan persahabatan pramusim apabila tewas 0-1 kepada Valencia Mestalla dalam aksi yang berlangsung di Stadio Olimpic Camilo Cano, Alicante, awal pagi Selasa.
Kekalahan itu hadir selepas pasukan Harimau Selatan mencatat dua kemenangan dan dua keputusan seri dalam empat aksi terdahulu sebagai persiapan menjelang musim baharu Liga Malaysia yang dijadual membuka tirai pada 8 Ogos depan.