Penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan doxing setimpal - Pakar
Iklan
Laporan Sinar Harian pada Sabtu. (Gambar kecil: Shahul Hamid)
SHAH ALAM – Hukuman penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan doxing disifatkan sebagai setimpal dan perlu dilaksanakan bagi memberi kesan pencegahan kepada pelaku, khususnya dalam kalangan pelajar dan golongan muda.
Pakar kriminologi bebas, Datuk Shahul Hamid Abd Rahim berkata, langkah tersebut penting memandangkan jenayah doxing iaitu pendedahan maklumat peribadi seseorang tanpa kebenaran dengan niat untuk mengaibkan, mengugut atau mencederakan kini semakin berleluasa di media sosial.