Selamat ulang tahun ke-100 Tun M
Iklan
Dr Mahathir ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-100 baru-baru ini. Foto FB Dr Mahathir bin Mohamad
MUNGKIN belum terlambat mengucapkan selamat ulang tahun ke-100 kepada negarawan, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri beliau, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-99 tiga hari lalu.
Dalam dunia ini, tak semua orang berpeluang hidup lama, apatah lagi mencecah umur 100. Kebanyakan orang juga tak akan menjadi Perdana Menteri, apatah lagi berpeluang dua kali dipilih menjawat jawatan tersebut.