Pelik-pelik kursus motivasi sekarang
Iklan
Peserta program didakwa bangun seawal 5 pagi bukan bertahajud, sebaliknya semata-mata untuk duduk di keliling daun
PELIK juga bila program motivasi yang kononnya untuk mencari bahagia dalam rumah tangga rupanya penuh unsur khurafat dan maksiat. Tambah pelik dan bingung, ada golongan profesional dan yang berkerjaya tinggi turut terjebak terutama perempuan.
Khabarnya insiden itu sudah dua tahun didedahkan. Pihak berkuasa sudah pun diberitahu tetapi tiada perkembangan. Sekarang ini kecoh dan tular semula. Ikut laporan, kejadian ini berlaku di Shah Alam, pusat bandar negeri termaju di Malaysia.