Rangka manusia ditemui sah milik lelaki hilang lebih setahun lalu

Iklan
Laporan Sinar Harian berhubung penemuan rangka manusia di Felda Bukit Mendi, Bera, Mei lalu.

BERA - Rangka manusia yang ditemui di kawasan semak di Felda Bukit Mendi di sini Mei lalu dikenal pasti milik lelaki berusia 49 tahun yang dilaporkan hilang di tanah rancangan itu, pada Mei tahun lalu.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, keputusan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan ia milik mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keputusan makmal Jabatan Kimia yang diterima menunjukkan padanan DNA dengan waris si mati adalah 99.9999 peratus tepat.

"Keputusan yang diterima itu sekali gus merungkai misteri kehilangan lelaki tersebut," katanya.

Iklan

Zulkiflee berkata, sebelum ini ahli keluarga terdekat mengesahkan rangka yang ditemui itu berkemungkinan milik lelaki yang hilang berdasarkan pakaian yang dijumpai.

Rangka manusia termasuk tengkorak itu ditemui seorang lelaki yang sedang membersihkan kawasan semak di belakang rumahnya di Felda Bukit Mendi di sini 2 Mei lalu.

Iklan

Rangka itu dijumpai kira-kira 100 meter dari rumah tersebut yang berada dalam kawasan tanah rizab Felda.

Kawasan tersebut merupakan semak samun dan berpaya serta jarang dilalui penduduk.