Anwar adakan pertemuan dengan Premier Sarawak, Ketua Menteri Sabah

Iklan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor. Gambar fail Bernama

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor, bagi membincangkan pelbagai perkara berkepentingan bersama.

Anwar berkata, pertemuan itu menekankan kepentingan hubungan erat dan kerjasama strategik antara Kerajaan Persekutuan dengan kerajaan negeri, khususnya Sabah dan Sarawak.

Iklan
Iklan

"Ini bakal membantu menjayakan agenda nasional berteraskan pembangunan yang inklusif dan seimbang demi kemajuan bersama seluruh rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. - Bernama 

 

Iklan

 

 

Iklan